...........

Tuesday, 2 July 2013

Resepi Kek Pisang


BAHAN-BAHAN:
Pisang                          : 250 gm
Margerin                      : 250 gm
Gula                             : 250 gm
Telur                            : 3 biji
Tepung gandum           : 313 gm
Soda bikarbonat            : 6.3 gm
Esen pisang                  : 4 ml
Air                               : 50 ml
Yis                               : 12.5 gm

 
KAEDAH                              
1,         Pukul margerin dan gula hingga kembang dan masukan telur satu per satu
2,         Masukkan esen pisang dan pisang yang telah dilecek
3,         Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan air
4,         Gaul rata dan akhir sekali masukkan yis 
5,         Gliskan Loyang pembakar dan masukkan adunan dalam Loyang
6,         Bkar pada suhu 180`C selama 45 minit dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Kerepek Pisang




Kerepek  sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut. kerepek pisang makanan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada pisang dan antara bahannya ialah garam dan gula.

 Bahan-bahan
 
Pisang
Garam
Minyak
 
 
Cara membuat Kerepek

·         Bahan digredkan dan dicuci bersih.

·         Bahan dikupas dan dihiris .

·         Sediakan larutan garam(garam campur dengan air)

·         Panaskan minyak dalam kuali.

·         Bila minyak panas masukkan bahan dengan nisbah 1;6.manakala pisang pula dihiris terus ke     dalam kuali.

·         Masukkan air garam,goreng hingga kekuningan.

·         Angkat,tos dan sejukkan.

·         Kerepek sedia untuk di bungkus.

Taugeh

 

Taugeh ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang amat popular di kalangan masyarakat Malaysia.
    Penghasilannya amat mudah hanya menyiram dengan air pada biji benih selama beberapa    hari sehinggalah taugeh menjadi matang.


Bahan-bahan

  • Kacang Hijau
  • Serbuk Sontoso
  • Siako



Langkah Menghasilkan Taugeh

1.     Basuh biji benih (1-2kg kacang hijau),2-3 kali sehingga bersih.
2.      Rendam 6-8 jam dalam larutan sontoso sebanyak 8-10ml bersama dengan   air sebanyak 5 liter.
3.      Setelah itu toskan dan gaulkan dengan serbuk siako sebanyak 20-50gm,dan biarkan   selama 10-12 jam.
4.      Kemudian itu,siram dengan air sehingga bersih.
5.      Setelah itu masukkan dalam tong penanaman dan hari itu dikaira satu hari.
6.      Selepas itu siram dengan air selama 5 minit setiap 90 minit (automatik) selama 4 hari
(64 kali siraman).
7.      Dalam tempoh 4 hari taugeh menjadi matang.
8.      Setelah itu basuh taugeh dan asingkan kulit biji benih. Timbang sebanyak 300gm dan bungkus untuk dijual.